(Sediakan tisu sebelum baca)
Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia
yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS
astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk
waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk
membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si
dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah
solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin
dengan ustazah ini pun tak tahu lah.
 |
HEROIN |
Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung
labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa
suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan.
Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan
balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan.
Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj.
Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas,
Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna
kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak
enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.