Wednesday 14 December 2011

Andai Maharnya hanya Al Quran dan Hantarannya Sebentuk Cincin...Sanggupkah Engkau terima??(Nukilan 1)


Assalamualaikum wbt…

       Subhanallah,tajuk entry kali ni lebih kpd isu munakahat yg lebih kpd isu hantaran dan mas kahwin dr pihak lelaki. Hari ini sy mendengar satu topik dr IKIM fm yang bertajuk pengalaman kenduri kendara di negara kita. Saya tertarik dgn bual bicara seorang pemanggil yang menerangkan pengalamannya dlm kenduri kendara dimana si pengantin lelaki ini hantarannya hanya kitab suci Al Quran dan mas kahwin yg berupa sebentuk cicin kpd bakal bidadarinya. Saya terkasima sebentar, lelaki ini pasti seorang yg hebat sehingga boleh menyakinkan ibu bapa pengantin perempuan itu sendiri ataupun ibu bapa si pengantin itu tidak kisah menerima lelaki itu asalkan anaknya dpt berkahwin dgn org baik – baik…rupa – rupanya masih ada lg ibu bapa seperti ini di negara kita…sambil mendengar, sy terfikir panjang sambil melihat permandangan diluar kereta yg di pandu oleh bapa.

Wednesday 7 December 2011

Lelaki yang suka mengikut Sunnah Nabi SAW lagi KAChAK daripada lelaki yang suka membaca

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT kerana sekali lagi dapat membuat entry baru setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang penulisan ini. Ramai yang menanti – nanti kan entry terbaru saya cuma saya sahaja yang tidak berkesempatan atas urusan – urusan akademik. Asif ya ~

Utusan Terakhir…

Nabi Muhammad SAW atau nama penuhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim merupakan Rasul utusan terakhir di bumi ini. Baginda adalah manusia yang diberikan mukjizat  (kelebihan) oleh Allah SWT keatas dirinya agar dapat dilihat oleh manusia akan kebesaran tuhan ke atas baginda agar dapat menyakinkan manusia bahawa hanya satu sahaja Pencipta dia alam ini iaitu Allah SWT. Tugas Rasul ialah menerima dan menyampaikan wahyu ke atas dirinya dan keatas orang – orang lain. Tapi bagaimanakah baginda dapat menyakinkan kaum kerabatnya dan orang – orang lain untuk memasuki agama Islam??apakah cara dan amalan baginda bagi menangani musuh – musuh nya?? sehinggakan ada di kalangan musuh baginda terbuka hati untuk masuk Islam hanya kerana perwatakan yang ditojolkan oleh Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Subhanallah~Hebatnya Rasulullah SAW, kita pun susah hendak menyakinkan sesorang itu just untuk membeli barang jualan kita apatah lagi dalam mengajak amar maa’ruf nahi munkar. Nauzubillah (-_-)

Tuesday 6 December 2011

~♥ CINTA SAMPAI SYURGA ♥~


(Sediakan tisu sebelum baca)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

HEROIN

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.