Assalamualaikum wbt…
Subhanallah,tajuk
entry kali ni lebih kpd isu munakahat yg lebih kpd isu hantaran dan mas kahwin dr pihak
lelaki. Hari ini sy
mendengar satu topik dr IKIM fm yang bertajuk pengalaman kenduri kendara di
negara kita. Saya tertarik dgn bual bicara seorang pemanggil yang menerangkan
pengalamannya dlm kenduri kendara dimana si pengantin lelaki ini hantarannya
hanya kitab suci Al Quran dan mas kahwin yg berupa sebentuk cicin kpd bakal bidadarinya. Saya
terkasima sebentar, lelaki ini pasti seorang yg hebat sehingga boleh
menyakinkan ibu bapa pengantin perempuan itu sendiri ataupun ibu bapa si
pengantin itu tidak kisah menerima lelaki itu asalkan anaknya dpt berkahwin dgn
org baik – baik…rupa – rupanya masih ada lg ibu bapa seperti ini di negara
kita…sambil mendengar, sy terfikir panjang sambil melihat permandangan diluar
kereta yg di pandu oleh bapa.
Antara Adat
dan Agama
Memang adat
hrni x sah klu x buat hantaran sehingga berpuluh – puluh ribu berdasarkan
‘gred’ si pengantin perempuan itu sendiri. Gred di sini bermaksud “how educated
she is”. Klu SPM, hantaran murah cket..klu diploma n degree hantarannya mungkin
naik cket..master n PHD lagi la naik byk2 huhuh… dan antara sebab2 lain ialah:
1. Anak
perempuan sorang
2. Anak
perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak
perempuan paling jambu dalam family
4. Anak
perempuan kerja high post
5. Anak
perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak
perempuan yang tastenya…berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak
belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak
perempuan yang rasa dirinya…lengkap segala-galanya
9. Bapak
perempuan tokey kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
( xtahu la~I
just made it up :P)
Hantaran tidak termasuk dlm Islam, ianya hanyalah adat kita org Melayu selama ini dan didalam islam, Mas kahwin(mahar) itu wajib.
tp apakah yg
disarankan oleh agama sebenarnya??perlukah hantaran mahal2?? Menurut
Islam Allah SWT telah berfirman dalam surah An – Nisa ayat 4:
“Dan berikanlah kepada perempuan – perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian(yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat”
Firman Allah
Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:
“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetapan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”
Walau
bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat
sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa
menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan
membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku
pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa
disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum
sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah
mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.
Islam tidak
menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan
mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa
dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam
menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar
terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan
kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :
“Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).”
( Riwayat
Ahmad dan al-Hakim )
Dalam Islam, kesederhanaan itu lebih afdhal drpd berbelanja berlebih - lebihan dr segi hantaran mahupun mahar. Maka lagi
rendah lagi bagus, x perlulah menyusahkan pihak pengantin lelaki meminjam duit
dr bank dan sebagainya kan2??br lah berkat, xperlu lah berhutang sana - sini kan2??apa2 hal negotiate la dulu dgn pihak lagi satu agar mendapat persetujuan antara kedua - dua pihak.
barulah keluarga bahagia,insyaAllah :)
masyaallah bile ah hus nak kawen ni???
ReplyDeletemahar hanya quran je ke??? ahsanta ya akhi
jgn lupe roger kat ana yer hihihi :P
betul3..sebaik baik wanita adalah yang murah maharnya..:)
ReplyDelete