Sesuatu yang
berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yg bermanfaat sangat di
anjurkan oleh Islam untuk digunakan sbg mas kahwin. Nyata, Al-Quran adalah
pilihan yang sangat terbaik sebagai mas kahwin kerana kandungan dan isi
Al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.
Rasulullah
juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa
pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.
"Adakah
pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia
ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun
mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada
perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.
Lihat, mudah
dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikkan yg kita dapat daripada
ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah,
malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yg diberi
diamalkan oleh org lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan
ilmu tersebut.
Antara
hikmah senaskah Al-Quran sbg mas kahwin ialah:
1.
Al-Quran
lambang teragung dalam agama Islam dan pemberiannya kepada insan lain umpama
satu penghargaan yg tidak ternilai kepada kitab suci tersebut. Malah takrif
sesuatu perkahwinan itu dapat ditafsirkan melalui pemberian Al-Quran sebagai
lambang cinta sejati bersyariatkan agama kepada si isteri.
2. Dapat
membawa keberkatan seandainya pasangan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam
hidup berumahtangga bersama selepas diijabkabulkan.
3.
Mendapat
kebaikan dan pahala andai si isteri selalu membacanya, bukan sahaja si isteri
malah suami yg memberi juga turut mendapat pahala hingga ke akhirat.
4.
Seperti
yang kita tahu, emas juga ada kebaikkan jika di jadikan sebagai mas kahwin
iaitu sebagai pelaburan. Namun ianya lebih bersifat material dan mungkin akan
habis begitu sahaja di dunia. Namun ayat-ayat Al-Quran tidak akan pernah habis
dan berakhir walau dibaca berulang-ulang kali dan ayat Al-Quran tersebut dapat
diajarkan kepada anak, cucu-cicit hingga selama-lamanya.
5.
Andai
si suami telah pergi meninggal dunia, seperti kita ketahui hanya amalan, anak
yang soleh serta ilmu yang berguna sahaja dapat membantu di akhirat kelak.
Al-Quran yang diberi kepada isteri insyaAllah dapat memberi kemudahan dan
ketenangan di sana. Tiada apa yang dapat dilakukan oleh seorang isteri
melainkan sentiasa berdoa dan melakukan amalan-amalan yang bermanfaat untuk roh
suaminya yang telah meninggalkannya.Andai si isteri sentiasa membaca Al-Quran
yang diberikan oleh arwah suami sebagai mas kahwin, nescaya Allah akan memberi
ganjaran yg berganda-ganda kepada roh suaminya.
Begitulah
betapa besarnya hikmah memilih Al-Quran sebagai mas kahwin. Kebaikkan dan
faedah yang dapat kita perolehi untuk membina sebuah keluarga bukan lah
mengambil masa atau tempoh yang singkat, ia mengambil jangka masa yang panjang
dan kita perlu lah memandang lebih jauh utk masa-masa akan datang. Andai ingin
kebahagiaan bukan sahaja di dunia dan akhirat, marilah menghargai ilmu Allah
yang telah dikurniakan kepada kita. Apalah sangat hendak dibandingkan dengan
kebahagiaan di dunia yang hanya sementara ini. Yang selalu kita nantikan ialah
kehidupan abadi di akhirat sana kelak iaitu sebenar-benar kehidupan abadi.
So kepada
bakal2 naik pelamin diluar sana, sama2 lah kita meningkatkan diri kita
menghafal dan memahami Al Quran dengan lebih mendalam dan kita boleh jadikannya
sebagai mahar kepada isteri (itu pun klu pihak mertua setuju) tp jangan pula
hafal sebab nak kahwin jer niatkan kerana Allah SWT takut2 nanti akidah kita
lari. Yang penting hantarannya berfaedah dan berterusan sehingga ke akhirat
kelak InsyaAllah~Apa – apahal pun, kita perlu la negotiate dulu dgn bakal ibu
bapa mertua and bakal isteri dahulu agar kedua – dua pihak bersetuju.
Again, saya
hendak mempersoalkan disini, ANDAI AL QURAN SEBAGAI HANTARAN DAN SEBENTUK
CINCIN SAHAJA, adakah kamu terima??
Psst: kpd si
tulang rusukku yang ku tidak ketahui…bersabarlah~4 tahun lg insyaAllah ~
>.<
Waallahu’alam
:)
No comments:
Post a Comment