“Ada tarikan hatinya apabila melihat perempuan yang dikenali ataupun sebaliknya”
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
w.b.t…
![]() |
HAI!!~~
|
Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan saya untuk post entry kali ini...sebenarnya ada jer entry terbaru tp takut nak post sbb ada isu sedikit hehe...anyway, entry kali ini
saya ingin mencuba menjadi “Dr. Chenta” bagi orang orang yang sedang dilamun
chenta. Semenjak dua menjak ni saya tengok rakan rakan facebook saya asyik post
pasal munakahat, pasal jodoh, tulang rusuk kiri la, tulang rusuk kanan la, mas
kahwin la, bila nak kahwin dan macam macam lagi…hmm~remaja oh remaja (-_-) hehe
macam la orang yang menulis ni x remaja lol~
Setelah berfikir
panjang dan mencari sumber – sumber teori dan pandangan…apa yang boleh
dikatakan ialah:
“Jodoh bermula dengan tarikan perasaan. Kita tidak kenal siapa dia, dari mana dia datang, tetapi hati kita selalu berkata ya apabila melihatnya. Soalnya, mahukah kita bertindak.”
Based on my observation and research…Lelaki dapat merasakan perasaan yang istimewa apabila ada satu
tarikan dalam hatinya ketika melihat perempuan yang dikenali ataupun
sebaliknya.
Perasaan –
perasaan negative lelaki dalam pengalaman cinta dahulu akan bertukar menjadi
positif tatkala melihat perempuan yang muncul entah dari mana.
Ia diibaratkan
seperti berjalan didalam terowong yang panjang, kegelapannya cukup membuat diri
berasa sempit sehingga terlihat cahaya di hujung. Gerakan hati ini menjadi
pendorong chenta pandang pertama seorang lelaki.
Chenta Allah SWT
Kita lebih
memikirkan tentang tulang rusuk dan empunya tulang rusuk tapi kita lupa
pencipta kita Allah SWT yang menciptakan tulang rusuk dan empunya tulang rusuk
itu. Tanpa Allah yang mencipta si dia yang kamu suka itu maka kamu tidak akan
kenal dia. Tanpa Allah yang menentukan perjumpaan kita dengan si dia, maka kita
tidak akan tergerak hati untuk menyukai dia. Tanpa Allah yang menimbulkan
perasaan itu, maka tidak akan terjadi apa apa lah di antara kamu dengan si dia.
Sesungguhnya Allah SWT yang membolak balikkan hati manusia, hati menjadi resah,
suka, gembira, cinta dan sebagainya.
Oleh itu
permasalahan cinta kamu boleh di selesaikan jika kamu serah kan hati dan jiwa
kamu kepada Allah SWT. Jaga lah kesucian hubungan kamu dengan si dia. Serahkan
si dia kepada Allah SWT, biar masa yang menentukannya. Jaga hubungan kamu
dengan Allah SWT nescaya Allah akan membantu kamu dalam setiap perkara yang
kamu hadapi insyaAllah (only if u worship Him and obey the do's and dont's of His) :)
![]() |
ask ur self... |
Chenta Tinggi, Chenta
high class
“mengadulah pada yang sayang, merajuklah pada yang kasih”
supaya cinta
berbalas, cintailah orang yang mencintai kita bukan orang yang hanya kita mencintainya.(dia
tak cinta kita). Kalau hukum ini kita ikuti…tentulah kita akan mencintai Allah
SWT. Sebab Allah telah terbukti mencintai kita, walaupun kita sering melupakan
– Nya. Kasih Tuhan terhadap kita melebihi kasih ibu terhadap anaknya.
Mengapa kita
abaikan cinta Tuhan? Sedangkan mencintai – Nya pasti tidak dikecewakan. Hadis
Qudsi daripada Rasulullah SAW:
“Jika kamu datang kepada – Ku secara berjalan, nescaya Aku akan datang kepadamu secara berlari. Jika kamu datang kepada – Ku selangkah, Aku akan datang menghampirimu seribu langkah.”
Oleh itu,
seorang yang bijak dan beradab akan
meletakkan kecintaan yang tinggi kepada Allah, kepada Rasulullah SAW dan
barulah pada makhluk – makhluk lain. Itulah perletakan cinta yang betul dan
menguntungkan di dunia dan di akhirat. Di dunia hati akan tenang selaras dengan
janji Allah SWT dalam al – Quran:
“Ketahuilah hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Ar – Ra’d 13:28)
Dan di akhirat
nanti ketika semua kekasih lari daripada kekasihnya – semuanya mementingkan
diri sendiri – aku, aku; kamu, kamu; namun para kekasih Allah tetap tenang
kerana kekasih sejati tetap setia disisi. Firman Allah:
“Hari akhirat hari dimana tidak berguna anak pinak dan segala harta kecuali orang membawa hati yang sejahtera.” (Asy – Syuara 26:88 – 89)
Hati yang
sejahtera itulah hati yang mencintai Allah. Itulah janji Allah, sesungguhnya
Allah adalah ‘kecintaan’ yang tidak pernah memungkiri janji.
Reput &
Hancur
Daging, urat dan
kulit akan reput dan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar padanya.
Menurut Imam Ghazali, ini bukan cinta taraf tinggi kerana haiwan yang rendah
martabatnya pun dapat di capai dengan pancaindera yang lima iaitu deria sentuh,
bau, lihat, dengar, dan rasa. Maka itu
belum sampai tahap cinta hakiki. Hanya cinta yang dapat di rasa dengan deria
keenam(hati) maka barulah ia cinta yang hakiki.
Cinta itu lah yang dialirkan oleh
Allah SWT ke dalam hati. Ia muncul dari dalam ke luar, bukan dari luar ke
dalam. Ia bukan turun dari mata turun ke hati, sebaliknya dari hati turun ke
mata dan lain – lain anggota. Itulah cinta yang benar, suci lagi murni. Itulah
cinta yang dikhususkan buat manusia sesuai dengan martabatnya sebagai makhluk
yang paling sempurna. Cinta ini bukan diukur menurut pandangan mata kepala tapi
mengikut pandangan matahati. Cinta itu datang dari Allah SWT dan diberi sebagai
bekal untuk mendapat kecintaan Allah SWT.
to be continued...masih banyak yg perlu dibincangkan nantikan part yg ke 2...
apa2 pun teruskan beramal,we're almost at the end of Syaaban and Ramadhan will approach us soon insyaAllah...the question is~are we prepared enough?let's think about it...
saya bukan lah yang terbaik, semua yang saya tulis ini hanya untuk mengingatkan diri saya yang lemah ini...
akhir kata, terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog saya...sekian :)
akhir kata, terima kasih kerana sudi melawat dan membaca blog saya...sekian :)
:) thumbs up..!
ReplyDeletedouble thumbs up ! :D
ReplyDelete