Thursday 28 July 2011

Ramadhan Terakhir....



Assalamualaikum wbt...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: 

" Sesiapa yg berpuasa Ramadhan krn didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka di ampunkan dosa - dosanya yg terdahulu "
Hadis sebagai pembuka bicara utk entry kali ini, nampaknya Ramadhan semakin dekat menghampiri kita dan adakah kita bersedia utk menghadapinya??Sedar x sedar Syaaban akan meninggal kita dan Ramadhan pula yg hadir...adakah persiapan kita sepanjang bln Rejab dan Syaaban cukup utk kita menghadapi bln yg penuh berkat ini??sama2 lah kita fikir dan tingkat kan apa yg kurang dan teguhkan apa yg sedia ada.

Medan Perjuangan

Ramadhan itu ibarat satu medan perjuangan bg kita utk mentarbiahkan diri kita, suatu hijrah drpd suatu yg tdk baik kpd baik dan dr baik kpd yg lebih bek, kursus intensif dan latih tubi bg memperbetulkan diri sendiri. Betulkan lah niat kita dlm menghadapi bulan yg mulia ini. jangan biarkan ianya pergi berlalu shj,MAKE FULL USE OF IT...amatlah rugi bg sesorg itu krn melepaskan peluang yg amat besar utk kembali semula kpd Allah SWT...sedangkan Allah SWT telah memberikan byk peluang yg luas utk hambanya kembali bertaubat,tidak kah anda terpikir??masa terluang yg byk,kita buat apa??renung2 kan~


Saturday 16 July 2011

Fadhilat bulan Sya'ban

Kelebihan bulan Sya`ban. 

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi) 

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Tuesday 12 July 2011

Iman terhadap Qada' dan Qadar

Assalamualaikum wbt...

Terasa agak lama sy x update blog ini. Sejak kebelakangan ini byk tragedi yg menghayatkan hati menimpa rakyat negara kita..itu sy tdk mahu komen apa2,biar lah disimpan didlm benak fikiran...apa yg berlaku kepada negara kita adalah takdir yg telah ditetapkan oleh Allah SWT yg tidak boleh dielakkan...marilah sama2 kita renungkan nasihat drpd Saidina Ali r.a ini.

Nasihat Saidina Ali r.a
Saidina Ali atau nama penuhnya Ali bin Abi Thalib r.a merupakan seorang sahabat dan juga sepupu kpd Rasulullah SAW. Beliau merupakan suami kpd puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Az Zahrah(wanita yg patut dicontohi oleh muslimah masa kini). Saidina Ali ialah seorang yg dianugerahi otak yg bijak dan mempunyai pemahaman yg mendalam dlm ilmu agama. Nasihat beliau adalah seperti berikut:
" Wahai anak Adam, jgnlah (keterlaluan) bergembira dgn kekayaan, jgnlah keterlaluan berputus asa dgn kefakiran, jgnlah berduka dgn bencana, jgn (keterlaluan) bersenang dgn kelapangan krn emas itu diuji dgn api. Seorang hamba yg soleh diuji dgn bala. Sesungguhnya engkau tdk akan mendapatkan apa yg kau inginkan kecuali dgn meninggalkan semua yg engkau inginkan. engkau tdk akan mencapai cita - citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tdk engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan. "