Thursday 28 July 2011

Ramadhan Terakhir....



Assalamualaikum wbt...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: 

" Sesiapa yg berpuasa Ramadhan krn didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka di ampunkan dosa - dosanya yg terdahulu "
Hadis sebagai pembuka bicara utk entry kali ini, nampaknya Ramadhan semakin dekat menghampiri kita dan adakah kita bersedia utk menghadapinya??Sedar x sedar Syaaban akan meninggal kita dan Ramadhan pula yg hadir...adakah persiapan kita sepanjang bln Rejab dan Syaaban cukup utk kita menghadapi bln yg penuh berkat ini??sama2 lah kita fikir dan tingkat kan apa yg kurang dan teguhkan apa yg sedia ada.

Medan Perjuangan

Ramadhan itu ibarat satu medan perjuangan bg kita utk mentarbiahkan diri kita, suatu hijrah drpd suatu yg tdk baik kpd baik dan dr baik kpd yg lebih bek, kursus intensif dan latih tubi bg memperbetulkan diri sendiri. Betulkan lah niat kita dlm menghadapi bulan yg mulia ini. jangan biarkan ianya pergi berlalu shj,MAKE FULL USE OF IT...amatlah rugi bg sesorg itu krn melepaskan peluang yg amat besar utk kembali semula kpd Allah SWT...sedangkan Allah SWT telah memberikan byk peluang yg luas utk hambanya kembali bertaubat,tidak kah anda terpikir??masa terluang yg byk,kita buat apa??renung2 kan~



         sia-sialah kita menghantar diri ke kursus sebulan itu dgn sifat acuh x acuh...ibarat org yg pergi menunaikan haji, yg di bawa balik apa yg digelar 'Haji Malboro'. Tuan Haji tp tingkah laku tdk seperti seorg tuan haji..Malanglah jika begitu. Maka ubahlah sikap kita, jgnlah disia - siakan bulan Ramadhan thn ini dgn aktiviti tdk berfaedah. Kita siyam(berpuasa) dan kita kiam. Siang kita siyam penuh kualiti, mlm kita kiam penuh tawaduk. InsyaAllah~peringatan utk sy jua ^^

       Ramadhan terbahagi kpd tiga bahagian. Tempoh 10 hr pertama ialah rahmat, 10 hr kedua ialah keampunan, dan 10 hr ketiga ialah pelepasan dr api neraka. Tidak lupa juga bhw dlm bulan Ramdhan ini terdapat malam al-Qadar, mlm yg lebih baek drpd 1000 bln (83 thn, empat bulan) cuba bygkan bertapa byk nya pahala yg Allah berikan kpd umatnya...kita belum pasti lg kita boleh hidup sampai umur 83 thn dan x pasti juga pahala dan dosa kita sepanjang umur ini....

         Biar kita keluar dr Ramadhan thn ini sebagai insan yg suci bersih dan mempunyai saham akhirat yg bertimbun. Jgn pula asyik mengikut tradisi di mana surau melimpah ruah dgn para jemaah pd awal Ramadhan, ttp saf semakin beranjak ke hadapan dan terus ke hadapan hinggalah pd hari - hari terakhir Ramadhan...akhirnya yg tinggal hny satu saff yg jemaahnya terdiri drpd tok imam, tok bilal, tok siak dan lima enam org ahli jemaah muslimiah(bermusim). Silap hr bulan krn hr hujan, ahli jemaah muslimiah x hadir, kebetulan tok imam pulak sakit perut dan tok bilal balik kampung, maka tinggallah tok siak terkontang kanting sorang2...cukuplah, cubalah kita ubah fenomenaagar tdk berlaku lg...

       berazamlah utk khatam Al Quran pd bln Ramadhan ini. Bertadaruslah. Andai tdk lancar membaca Al Quran dan masih merangkak - rangkak, maka teruskan lah usaha. Para malaikat mendoakan kita, melihat keazaman kita utk terus berusaha sedaya upaya membaca Al Quran dan mengkhatamkannya...keep on trying, there's good deeds awaits u in the future..InsyaAllah ^_^

Bermohonlah...

Harapan buat diri sendiri terutamanya, moga amalan pd bulan Ramadhan kali ini akan menjadi lebih baek drpd tahun2 sebelumnya. Mohon Allah Kurniakan
  1. Keberkatan umur untukku berjaya merentas Ramadhan yg mulia dgn sebaik - baiknya.
  2. Kesihatan yg berpanjangan untukku memenuhi tuntutan sunat solat tarawih.
  3. Kekuatan untukku dpt bgn pada sepertiga mlm, jika tdk mampu sekurang - kurangnya awal setengah jam sebelum bersahur.
  4. Kelapangan waktu untukku dpt menatap dan membaca al - Quran walau dlm kesibukan pd siang hr.
  5. Kebaikan akhlak, percakapan mahupun perbuatan agar aku mampu menjadi lebih baik dr hr2 semalam.
  6. kemudahan dlm urusan ku.
  7. Keredhaan Mu dlm ibadah dan amalanku agar aku tdk hny beroleh sekadar lapar dan dahaga semata- mata di sepanjang Ramadhan.



anggaplah Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan yg terakhir bg kita agar kita dpt menghadapinya dgn bersungguh - sungguh....
Nasihat untuk diri yg lemah ini dan juga sahabat2 yg sy kasihi~
selamat beramal~ :)

2 comments:

  1. Wah best2 artikel ni
    Semoga ana dapat amalakan ilmu yg ana dapat drpd artikel abg hus ni!!!!!!!!
    Sama2 kite amalkan dan sampaikan kepada sahabat kite yang lain insyaallah :D

    ReplyDelete
  2. syukran ya pak ya..semuanya utk peringatan diri dan juga sahabat yg lain :)

    ReplyDelete