Tuesday 12 July 2011

Iman terhadap Qada' dan Qadar

Assalamualaikum wbt...

Terasa agak lama sy x update blog ini. Sejak kebelakangan ini byk tragedi yg menghayatkan hati menimpa rakyat negara kita..itu sy tdk mahu komen apa2,biar lah disimpan didlm benak fikiran...apa yg berlaku kepada negara kita adalah takdir yg telah ditetapkan oleh Allah SWT yg tidak boleh dielakkan...marilah sama2 kita renungkan nasihat drpd Saidina Ali r.a ini.

Nasihat Saidina Ali r.a
Saidina Ali atau nama penuhnya Ali bin Abi Thalib r.a merupakan seorang sahabat dan juga sepupu kpd Rasulullah SAW. Beliau merupakan suami kpd puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Az Zahrah(wanita yg patut dicontohi oleh muslimah masa kini). Saidina Ali ialah seorang yg dianugerahi otak yg bijak dan mempunyai pemahaman yg mendalam dlm ilmu agama. Nasihat beliau adalah seperti berikut:
" Wahai anak Adam, jgnlah (keterlaluan) bergembira dgn kekayaan, jgnlah keterlaluan berputus asa dgn kefakiran, jgnlah berduka dgn bencana, jgn (keterlaluan) bersenang dgn kelapangan krn emas itu diuji dgn api. Seorang hamba yg soleh diuji dgn bala. Sesungguhnya engkau tdk akan mendapatkan apa yg kau inginkan kecuali dgn meninggalkan semua yg engkau inginkan. engkau tdk akan mencapai cita - citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tdk engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan. "
sgt mendalam maksud yg dr nasihat belaiu diatas,mari kita inteprate satu persatu....Wahai anak Adam, jgnlah terlalu gembira dgn kekayaan,jgn terlalu berputus asa dgn kefakiran,jgn berduka dgn bencana,jgn terlalu senang dgn kelapangan kerana emas itu diuji dgn api. rasa2 nya nasihat part ini x perlu dijelaskan krn mudah di fahami...maniskan nasihat ini??nasihatnya selaras apa yg disuruh di dlm Al Quran. Nasihat2 ini patut di implement di dlm diri kita agar menjadi mukmin yg bertakwa dan berjaya di dunia mahupun di akhirat insyaAllah :)...Mereka yg beriman menerima apa2 dugaan atau pon nikmat dgn sewajarnya tanpa berlebih - lebihan. sesungguhnya dugaan dan kesenangan adalah ujian daripada Allah SWT utk melihat sama ada kita bersyukur atau tdk. Ingat lah bahawasanya Allah SWT menguji hambanya tanpa mengira masa dan tempat, kita perlu bersedia setiap masa dan menanganinya dgn bijak. Imam Ali r.a juga menjelaskan mengapa Allah SWT memberi ujian pada hambanya. seperti yg sy highlight kan di atas, 'kerana emas itu diuji dgn api', emas itu tggi nilainya tetapi ianya tdk akan menjadi emas yg cantik jika tdk melalui ujian yg berat di tempat pembakaran. perumpamaan ini boleh di ubah kpd situasi yg terjadi kpd manusia masa kini. ujian dan dugaan diperlukan manusia utk mengeluarkan kualiti di dlm dirinya utk menjadi hamba yg terbaik. jadi mengapa harus bersedih dgn dugaan dan mengapa harus terlalu gembira dgn kesenangan yg kita raih??renung2kan :)

          part seterusnya iaitu 'Engkau tdk akan mencapai cita - citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tdk kau suka. ' utk mencapai apa yg kita mahu, kita terpaksa menanggung apa shj kesusahan. Kesulitan yg pertama ialah, dugaan yakni perkara yg kita tdk suka dan juga perkara yg kita xboleh elak dlm mencapai cita2. yg kedua, pegorbanan masa,tenaga,harta dan keluarga demi mencapai cita2 tersebut. Kedua-dua bentuk kesukaran ini adalah baik utk kita dan memberi manfaat yg byk. semuanya membantu kita kearah yg lebih baik sekiranya kita th cara menanganinya dgn baik. oleh krn itu, kita tdk perlulah khuatir atau bersedih terhadap dugaan dan berbagai ujian yg menimpa diri kita. disini sy menegaskan bahawa, JGN TERLALU SEDIH DGN DUGAAN DAN JGN TERLALU GEMBIRA DGN KEKAYAAN DAN KESENANGAN KRN SEMUA ITU AKAN DATANG DAN PERGI. jgn lah hanyut dipermainkan oleh gelombang duniawi yg tdk menentu. Fokuskan shj pd kewajipan kita, 'Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan'. 
akhir kata, bersikap sederhanalah dlm menangani kesusahan dan kesenangan...ini adalah sebagai perkongsian bersama,sy x lah byk ilmu tp sy cuba nasihat menasihati rakan di luar sana dan juga diri sy sendiri...semoga kalian akan menjadi org yg berjaya.InsyaAllah~syukran :)

you don know wat's coming in the future, just face it and leave it to Allah SWT :)

No comments:

Post a Comment