Wednesday 11 July 2012

Tarikan Rasa Membuat aku dan Dia Menjadi Satu (Part 1)

“Ada tarikan hatinya apabila melihat perempuan yang dikenali ataupun sebaliknya”

Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum w.b.t…

HAI!!~~

Alhamdulillah akhirnya Allah izinkan saya untuk post entry kali ini...sebenarnya ada jer entry terbaru tp takut nak post sbb ada isu sedikit hehe...anyway, entry kali ini saya ingin mencuba menjadi “Dr. Chenta” bagi orang orang yang sedang dilamun chenta. Semenjak dua menjak ni saya tengok rakan rakan facebook saya asyik post pasal munakahat, pasal jodoh, tulang rusuk kiri la, tulang rusuk kanan la, mas kahwin la, bila nak kahwin dan macam macam lagi…hmm~remaja oh remaja (-_-) hehe macam la orang yang menulis ni x remaja lol~

Friday 3 February 2012

Hantaran senaskah Al Quran??hang biaq betui~(part 2)


Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yg bermanfaat sangat di anjurkan oleh Islam untuk digunakan sbg mas kahwin. Nyata, Al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai mas kahwin kerana kandungan dan isi Al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikkan yg kita dapat daripada ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yg diberi diamalkan oleh org lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.

Wednesday 14 December 2011

Andai Maharnya hanya Al Quran dan Hantarannya Sebentuk Cincin...Sanggupkah Engkau terima??(Nukilan 1)


Assalamualaikum wbt…

       Subhanallah,tajuk entry kali ni lebih kpd isu munakahat yg lebih kpd isu hantaran dan mas kahwin dr pihak lelaki. Hari ini sy mendengar satu topik dr IKIM fm yang bertajuk pengalaman kenduri kendara di negara kita. Saya tertarik dgn bual bicara seorang pemanggil yang menerangkan pengalamannya dlm kenduri kendara dimana si pengantin lelaki ini hantarannya hanya kitab suci Al Quran dan mas kahwin yg berupa sebentuk cicin kpd bakal bidadarinya. Saya terkasima sebentar, lelaki ini pasti seorang yg hebat sehingga boleh menyakinkan ibu bapa pengantin perempuan itu sendiri ataupun ibu bapa si pengantin itu tidak kisah menerima lelaki itu asalkan anaknya dpt berkahwin dgn org baik – baik…rupa – rupanya masih ada lg ibu bapa seperti ini di negara kita…sambil mendengar, sy terfikir panjang sambil melihat permandangan diluar kereta yg di pandu oleh bapa.

Wednesday 7 December 2011

Lelaki yang suka mengikut Sunnah Nabi SAW lagi KAChAK daripada lelaki yang suka membaca

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT kerana sekali lagi dapat membuat entry baru setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang penulisan ini. Ramai yang menanti – nanti kan entry terbaru saya cuma saya sahaja yang tidak berkesempatan atas urusan – urusan akademik. Asif ya ~

Utusan Terakhir…

Nabi Muhammad SAW atau nama penuhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim merupakan Rasul utusan terakhir di bumi ini. Baginda adalah manusia yang diberikan mukjizat  (kelebihan) oleh Allah SWT keatas dirinya agar dapat dilihat oleh manusia akan kebesaran tuhan ke atas baginda agar dapat menyakinkan manusia bahawa hanya satu sahaja Pencipta dia alam ini iaitu Allah SWT. Tugas Rasul ialah menerima dan menyampaikan wahyu ke atas dirinya dan keatas orang – orang lain. Tapi bagaimanakah baginda dapat menyakinkan kaum kerabatnya dan orang – orang lain untuk memasuki agama Islam??apakah cara dan amalan baginda bagi menangani musuh – musuh nya?? sehinggakan ada di kalangan musuh baginda terbuka hati untuk masuk Islam hanya kerana perwatakan yang ditojolkan oleh Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Subhanallah~Hebatnya Rasulullah SAW, kita pun susah hendak menyakinkan sesorang itu just untuk membeli barang jualan kita apatah lagi dalam mengajak amar maa’ruf nahi munkar. Nauzubillah (-_-)

Tuesday 6 December 2011

~♥ CINTA SAMPAI SYURGA ♥~


(Sediakan tisu sebelum baca)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam? Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah.

HEROIN

Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk. Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur.

Friday 9 September 2011

Kecantikan: Sebuah Amanah dan Ujian

Alhamdulillah, bersyukur sekali lagi ke hadrat ilahi dgn masa yg ada ini sy masih berpeluang berkongsi ilmu dengan sahabat2 semua walaupun assignment bertimbun, tp Allah SWT ttp memberi ruang masa utk membuat entry kali ini...ALHAMDULILLAH :)

Allah SWT mengurniakan kecantikan dan ketampanan kepada seseorg itu bukan lah untuk main2...ade byk hikmahnya Dia berikan kita kelebihan itu supaya kita bersyukur dan juga berjaga - jaga...mmglah siapa yg mendapat 'title' cantik, comel, hensem, dan lain2 akan merasakan dirinya dihargai tp lama kelamaan akan timbul perasaan riak dlm diri kita..kemudiannya akan timbul rasa ingin melakukan luar dr jangkaan iaitu membuka aurat utk menunjukkan kecantikan yg ada pada diri lalu terjerumus ke dalam kancah maksiat...nauzubillah minzalik~

pada entry kali ini sy akan menceritakan tentang seorang tokoh salafus soleh dr Ulama Madinah yg hidup pd 94 hijrah. Nama beliau ialah Sulaiman bin Yasar al - Hilali dan panggilan beliau ialah Abu Ayyub. Beliau seorang ulama yg terkenal dgn sikap warak dan amat kaya dgn ilmu. Selain drpd itu beliau juga seorang yg sgt tampan sehinggakan setiap wanita yg melihat wajahnya pasti atau mmg wajiblah jatuh hati dgn dia ni tetapi beliau selalu jauh dr perbuatan maksiat.

Thursday 25 August 2011

Kekasihku...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini...maaf kerana sudah lama tidak update diatas kesibukan sebagai student bagi menyiapkan kerja - kerja yang diberi..biasalah~student engineer lah katakan...memanglah sibuk dengan assignment, lab report, tutorial, miniproject dan sebagai nya. Walaubagaimana pun, kita kena fikir dengan mendalam dan tidak mempersoalkan tentang ujian - ujian yang kita alami kerana Allah ingin kita menjadi kita seorang hamba yang terbaik kerana setiap ujian itu akan membuatkan kita matang dan tabah untuk menghadapi ujian pada masa hadapan.

Disini saya ingin menceritakan korang tentang kekasihku (maaf,bhs agak kasar cket) :

Nak share tentang KEKASIH aku, (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA). Penyayang sifat Nya.Betul, tak tipu punya! Pure cintalah nak kategorikan tu. Apa x nya, masa aq susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan,