Friday 9 September 2011

Kecantikan: Sebuah Amanah dan Ujian

Alhamdulillah, bersyukur sekali lagi ke hadrat ilahi dgn masa yg ada ini sy masih berpeluang berkongsi ilmu dengan sahabat2 semua walaupun assignment bertimbun, tp Allah SWT ttp memberi ruang masa utk membuat entry kali ini...ALHAMDULILLAH :)

Allah SWT mengurniakan kecantikan dan ketampanan kepada seseorg itu bukan lah untuk main2...ade byk hikmahnya Dia berikan kita kelebihan itu supaya kita bersyukur dan juga berjaga - jaga...mmglah siapa yg mendapat 'title' cantik, comel, hensem, dan lain2 akan merasakan dirinya dihargai tp lama kelamaan akan timbul perasaan riak dlm diri kita..kemudiannya akan timbul rasa ingin melakukan luar dr jangkaan iaitu membuka aurat utk menunjukkan kecantikan yg ada pada diri lalu terjerumus ke dalam kancah maksiat...nauzubillah minzalik~

pada entry kali ini sy akan menceritakan tentang seorang tokoh salafus soleh dr Ulama Madinah yg hidup pd 94 hijrah. Nama beliau ialah Sulaiman bin Yasar al - Hilali dan panggilan beliau ialah Abu Ayyub. Beliau seorang ulama yg terkenal dgn sikap warak dan amat kaya dgn ilmu. Selain drpd itu beliau juga seorang yg sgt tampan sehinggakan setiap wanita yg melihat wajahnya pasti atau mmg wajiblah jatuh hati dgn dia ni tetapi beliau selalu jauh dr perbuatan maksiat.

Pernah diceritakan, suatu hr Sulaiman bin Yasar keluar ke Makkah bersama seorang temannya utk ke suatu tempat bernama Abwa. Apbila mereka sampai, mereka berhenti utk berehat dan sahabatnya pergi menyiapkan makanan lalu pergi ke pasar utk membeli makanan. Sementara itu, Sulaiman menunggu di dlm khemah yg tlh disiapkan.

dr jauh seorang wanita tanpa sengaja terpandang wajah Sulaiman. Ketampanan wajah Sulaiman segera menawan hatinya...lalu wanita itu terus berhias dgn cantik dan menutup muka nya dgn niqab lalu pergi singgah ke khemah Sulaiman. Apabila berada di hadapan Sulaiman, wanita itu pun terus menyingkap niqab dr wajahnya. maka terlihatlah seraut wajah yg sgt cantik laksana rembulan. Dia pon berkata kpd Sulaiman, "  Berikanlah kpdku."

gambar hiasan semata - mata ;)

Sulaiman menyangka wanita itu menginginkan makanan. Beliau pon segera bangkit utk mengambil makanan utk diberikan kpd wanita itu. Wanita itu berkata, "Aku tdk menginginkan makanan. Aku menginginkan apa yg diinginkan oleh seorang perempuan daripada seorang lelaki."
Sulaiman sedar bahawa beliau sedang menghadapi ujian yg sgt besar. Beliau pun berkata, " Iblis telah mengutusmu untuk menyesatkan aku." Beliau lalu menutup mukanya dgn dua belah tapak tgnnya sambil menangis teresak - esak. Melihat sikap nya wanita itu berasa sgt malu dan kembali menutup muka nya dgn niqab lalu beredar dr situ.

Tidak lama kemudian, teman Sulaiman kembali dr pasar dgn membawa bekalan yg dibelinya. Sahabat terlihat kesan air mata diwajah Sulaiman dan bertanya, "Apa yang terjadi? Mengapa engkau menangis??"  Sulaiman menjawab, "tidak ada apa - apa. aku hanya teringatkan keluargaku di rumah." Temannya tidak percaya dan dia terus mendesak Sulaiman utk memberitahu apa sebenarnya yg terjadi. Akhirnya Sulaiman menceritakan kisah sebenarnya. Mendengar cerita Sulaiman, temannya menangis dan berkata, "Jika aq yg mengalami situasi yg sama, aq takut tdk dpt menahan diri seperti kamu."

*kisah ini dihikayat oleh Al - Hafiz Abu Nu'aim Al - Isbahani dlm kitabnya 'Hilyat al - Awlia'

Amanah dan Ujian

Ketampanan dan kecantikan adalah sememangnya adalah anugerah Allah SWT. Seseorg itu akan berbangga jika memiliki penampilan yg menarik dan sanggup membelanjakan wang ringgit demi utk maintain kan atau mencapai tahap kecantikan yg diidamkan...sebenarnya keindahan rupa itu melahirkan suatu tanggungjawab krn ia merupakan amanah dan ujian drpd Allah SWT kpd kita. tp knp Allah menciptakan manusia ada yg cantik dan kurang cantik??knp??? kerana Allah ingin menguji kita, adakah kita mensyukuri nikmat atau kekurangan yg diberikan oleh Dia atau berpaling tadah dgn menggunakan kelebihan itu utk membuka jalan maksiat??astaghfirullah (-_-)...

      mmg suatu ujian yg berat bg iman seseorang memiliki kelebihan ini krn mungkin ramai yg menginginkan anda, melihat wajah anda pastu tersenyum sipu2 lps tu anda pon terasa dan mula memikirkan, "dia suka kat aq ke??", "segan arr pandang lama2, jgn la pandang", "wah~aq ni hensem/cantik, aq ni femes la~" dan lain2 lg yg timbul dlm pemikiran....lepas tu tambah lagi satu ujian berat, ni mmg hardcore pny lah....tiba2 diadatangi oleh seorg lelaki atau wanita, dan dia meluahkan perasaan dia dkt anda...dia kata sy meminati awak, sy dr dulu lg dah suka awak...sy nak berkenalan dgn awak/minta no telefon/jom study sama2/nak berkapel sementara, jika serasi bole berkapel jer terus/awak x perlu berikan jawapan, sy akan setia menunggu awak dan mcm2 lg cara.... klu kita dlm situasi ini, apakah yg perlu kita lakukan??mesti pening kan??semua ini bole membawa kita kpd zina hati huhuh...jd, dlm situasi ini dlm diri kita hanya perlu ingat 2 perkara yakni Allah SWT dan Rasulullah SAW...tolak permintaan dia dgn baik, dan keluarkan hujah2 dr aspek agama... tentu dia tersipu, terkedu dan malu...

gambar hiasan semata2 ;)


      Sy ada sahabat lelaki yg suka bertukar - tukar kapel..pergh kencang kot~masa sem 1 dia berkapel dgn org ni, pastu  2 sem lps tu clash sbb pasangn dia ada masalah (suka merokok,dah buat 'tut') maklum lah bila dah tahu hati budi masing2, mula lah konfess..pastu masuk intake july budak br, nampak cun cket jer terus gi ngorat, luah perasaan...ayat mmg nak feeling jer, mmg cair lah perempuan tu dgr...tiap2 mlm duk bersama - sama kat kafe..sy tegur lah jgk, marah dia  kadang2 pun ada tp hatinya ditutup...x terima nasihat, dia buat muka selamba jer..pastu lama2 clash jgk haih~ pastu dia minat kat muslimah ni, dia tny lah sy jika sy kenal dgn muslimah ni dan tny pendapat sy dan dia rasa mcm menyesal atas perbuatan dia selama ini...sy beri th la~cukuplah, jgn ko sentuh wanita itu, jgn ko bwk dia ke neraka, biarkanlah dia dlm keadaan bersih...wanita baik untuk lelaki yg baik, jd bertaubatlah..dekat kan diri dgn Allah...Alhamdulillah sampai sekarang dia masih lg jaga tingkah laku dia walaupun ade kekurangan sedikit tp at least better than before :)...nak citer kat cni sebenarnya hebat nya ayat dan kata2 seorang lelaki sehingga bole mencairkan hati perempuan..klu terjadi nya perkara ini terhadap anda, sila consult akak2 senior yg lebih arif...jgn mudah kita mengalah dgn hasutan dan masuk ke kancah maksiat dgn mudah. jd lah mcm Sulaiman yg diceritakan dia atas...hbat kan?? ^_^


ini pun hiasan jugak ;)

Sahabat2 yg sy kasihi,

       antara syurga dan neraka, mana satu pilihan anda??mestilah syurga kan?? tp knp kadang2 perbuatan dan amal kita x seperti yg kita mahukan??opposite...sukarnya menjaga amal, sy mengakuinya tp kita kena istiqamah, bergaul lah dgn org2 alim krn mereka akan membawa kita ke jalan yg benar...biarlah org kata kita budak surau, hipokrit, kutuk dr belakang atau sahabt2 kita yg dulu mula menjarakkan diri dr kita...at least kita cuba drpd x mencuba langsung utk berubah...drpd di belungi dosa, lebih baik kita dibelungi pahala pulak kan3??bila lg nak berubah??xkan nak tggu sampai tua br nak bertaubat??br nak tutup aurat??jika mindset sudah begitu, kita takut Allah SWT x kan terima taubat kita pd masa itu...sementara masa masih ada, knp x bertaubat sekarang??takut terlambat, teruk jdnya nanti huhu...yg penting kita istiqamah di jalan Allah SWT...kawan boleh dicari ttp amal dan iman sukar dimiliki...mmg byk ujian yg perlu ditempuhi dlm hidup ini, semua itu membuatkan kita menjadi lebih matang dan waras dlm membezakan baik dan buruk. Segala nasihat adalh utk diri sy dan juga sahabat2..moga kita sentiasa berada di jln yg di redhai Allah SWT ^_^... Sy akhiri entry sy kali ini dgn hadis Nabi SAW mafhumnya:

Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: " Sesungguhnya didalam syurga ada pohon besar sehingga seorang yang berkenderaan dapat berjalan dibawah naungannya selama seratus tahun tidak putus naungannya, bacalah: Wa dhillin mamdud (Yang bermaksud) Dan naungan yang memanjang terus. Dan didalam syurga kesenangannya yang tidak pernah dilihat mata atau didengar oleh telinga, bahkan tidak pernah terlintas dalam hati (perasaan) manusia. Bacalah kamu: Fala ta'lamu nafsun maa ukh fia lahum min qurrati a'yunin jazza'an bima kanu ya'malun (Yang bermaksud) Maka tidak seorang pun yang mengetahui apa yang tersembunyi bagi mereka dari kesenangan yang memuaskan hari sebagai pembalasan apa yang telah mereka lakukan. Dan tempat pecut didalam syurga lebih baik dari dunia siisinya. Bacalah ayat: Faman zuhziha aninnari wa udkhillal jannata faqad faza (Yang bermaksud) Maka siapa dijauhkan dari api dan dimasukkan dalam syurga bererti telah untung."

^_^

3 comments:

  1. subhanallah..mantap!^^v tahniah abg hus.. terkesan..sume org nak msok syurga tp susah nak berakhlak dgn akhlak org yg nak msok syurga..huhuuu..mantap!:')syukran akh..

    ReplyDelete