Thursday, 25 August 2011

Kekasihku...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini...maaf kerana sudah lama tidak update diatas kesibukan sebagai student bagi menyiapkan kerja - kerja yang diberi..biasalah~student engineer lah katakan...memanglah sibuk dengan assignment, lab report, tutorial, miniproject dan sebagai nya. Walaubagaimana pun, kita kena fikir dengan mendalam dan tidak mempersoalkan tentang ujian - ujian yang kita alami kerana Allah ingin kita menjadi kita seorang hamba yang terbaik kerana setiap ujian itu akan membuatkan kita matang dan tabah untuk menghadapi ujian pada masa hadapan.

Disini saya ingin menceritakan korang tentang kekasihku (maaf,bhs agak kasar cket) :

Nak share tentang KEKASIH aku, (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA). Penyayang sifat Nya.Betul, tak tipu punya! Pure cintalah nak kategorikan tu. Apa x nya, masa aq susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan,


Bila aq susah hati, boleh terus mengadu kat DIA direct! yang bestnya tu bila aq dah mengadu kat dia, terasa peace je, for surelah~kekasih la katakan~

Ish~beruntung betul dapat KEKASIH macam ni...x pernah nak sakitkan hati aq. bila2 masa je aq bole contact DIA. Yang seronok tu sebab mmg betul2 rasa DIA tu dekat di hati ini!!yelah~cinta punya pasalkan?

DIA tdk kisah pun klu aq x ingat kat DIA, tp rugilah aq sebab klu aq ingat dan contact je DIA, macam2 la aq dapat, x kiralah material ke...spritual ke...emm memang kekasih sejati lah tu.

Bila aq rindu kat DIA baca je surat2 yg DIA bg kat aq tu, mcm2 nasihat ada kat dlm tu, siap bg example lagi nak suruh aq faham. Sebelum ini aq pernah gak frust. memang sedih giler la masa tu, yelah~cinta bagai nak rak, tiba2 clash gitu je.....
Tetapi KEKASIH aq ni lain, DIA x kisah pun dgn cinta aq yg frust tu...siap bg semangat lg, DIA xde jeles pon, cuma aq jer yg jeles ngan DIA. mmg ramai yg jatuh hati dgn DIA. So, aq pon kenalah usaha betul2. Bak kata org putih, "wat u give, u get back"... so klu aq usaha lebih ckit, aq dpt lebih la kan?!

KEKASIH aq ni baik sgt2, perfect~tu yg kadang2 aq tgh2 malam...area pkl 3 - 4 pg tu pun, klu aq terjaga, aq sure akan contact DIA...Rindulahhh!!

Sebenarnya KEKASIH aku ni kaya...millionaire...billionaire...dan ntah apa2 'aire' lglah...tu yg sgt permurah tu. Semua keperluan hidup aq, DIA yg support...caya x??free of charge pulak tu...tp aq x sedap hati la...mestilah kena hargai apa yg DIA bg tu kan?Mak aq kata, klu org dah bg, suke ke x, amik jela...pastu, pandai - pandai lah membalas budi...itu yg buat aq sanggup berkorban apa shj...cheeewahhh!!

DIA suruh aq belajar bersungguh - sungguh, klu boleh belajar semua ilmu, sebab kekasih aq ni mmg cerdik + bijak + genius + etc....DIA kata tanpa ilmu setiap amal yg aq buat semua sia2...DIA pun tambah syg kat aq klu aq rajin belajar.

Malu la sebenarnya aq nak ckp ni. emmm....aq sebenarnya belum pernah jumpa dgn DIA lg..lagipon aq belum bersedia la....tp KEKASIH aq ni dah janji, suatu hr nanti mesti jumpa dgn DIA.. Sekarang nie tgh menghitung hari la aq ni...tapi kecut perut gak! Takut! aq mesti prepare awal2.

Daripada surat2 DIA yg ada tu, Aq tahulah apa yg DIA suka, apa yg DIA x suka. Mestilah aq nak buat apa yg DIA sukai so that, DIA tambah2 syg lagilah kat aq kan?? takpelah berkorban sekarang, sbb DIA dah janji, sapa2 yg DIA syg DIA bg hadiah special yg aq x pernah terfikir pon!!rindu sgt dah ni!!

KEKASIHKU.....AQ BERJANJI, AQ AKAN PERTAHANKAN CINTA SUCI INI.....WALAU TERPAKSA MENGGADAIKAN NYAWA DEMI CINTA TERAGUNG INI...WALAUPUN X PERNAH BERJUMPA TETAPI AQ TETAP BAHAGIA....
ITULAH KEKASIHKU....ALLAH SWT....CINTA TERAGUNGKU



Sebenarnya, artikel ini di ambil drpd seorang ikhwan seperjuangan sy(takut korang slh interprate part2 clash tu heheh)....
Ramadan kini sudah hampir sampai ke penghujungnya..adakah kita telah berusaha untuk mendapat ganjaran yg besar dlm bulan mulia ini??Penuhi setiap detik Ramadan ini dgn fikir, amal, usaha yg terbaik dan harapan bg mengundang rahmat dan berkat drpd Allah SWT..Dlm masa yg kurang drpd sepuluh hr ini, kita ibarat atlit yg mengejar dan berlumba - lumba untuk mendapat ganjaran Allah SWT...cintailah majlis2 ilmu krn disana ada petunjuk dan ilmu yg boleh dijadikan hujah utk kita membezakan mana yg baik dan buruk.
Selamat Berjaya semua!! ^_^

3 comments:

  1. Tahniah hus...Rindu nk baca tulisan anda..hehehe

    ReplyDelete
  2. wah akh hus nak kongsi kekasih hus leh x ??? hihuhuhu

    ReplyDelete