Wednesday 14 December 2011

Andai Maharnya hanya Al Quran dan Hantarannya Sebentuk Cincin...Sanggupkah Engkau terima??(Nukilan 1)


Assalamualaikum wbt…

       Subhanallah,tajuk entry kali ni lebih kpd isu munakahat yg lebih kpd isu hantaran dan mas kahwin dr pihak lelaki. Hari ini sy mendengar satu topik dr IKIM fm yang bertajuk pengalaman kenduri kendara di negara kita. Saya tertarik dgn bual bicara seorang pemanggil yang menerangkan pengalamannya dlm kenduri kendara dimana si pengantin lelaki ini hantarannya hanya kitab suci Al Quran dan mas kahwin yg berupa sebentuk cicin kpd bakal bidadarinya. Saya terkasima sebentar, lelaki ini pasti seorang yg hebat sehingga boleh menyakinkan ibu bapa pengantin perempuan itu sendiri ataupun ibu bapa si pengantin itu tidak kisah menerima lelaki itu asalkan anaknya dpt berkahwin dgn org baik – baik…rupa – rupanya masih ada lg ibu bapa seperti ini di negara kita…sambil mendengar, sy terfikir panjang sambil melihat permandangan diluar kereta yg di pandu oleh bapa.


Antara Adat dan Agama

Memang adat hrni x sah klu x buat hantaran sehingga berpuluh – puluh ribu berdasarkan ‘gred’ si pengantin perempuan itu sendiri. Gred di sini bermaksud “how educated she is”. Klu SPM, hantaran murah cket..klu diploma n degree hantarannya mungkin naik cket..master n PHD lagi la naik byk2 huhuh… dan antara sebab2 lain ialah:

1. Anak perempuan sorang
2. Anak perempuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak perempuan paling jambu dalam family
4. Anak perempuan kerja high post
5. Anak perempuan biasa pakai barang branded
6. Anak perempuan yang tastenya…berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak perempuan yang rasa dirinya…lengkap segala-galanya
9. Bapak perempuan tokey kayu balak, mak pulak bekas eksekutif
10. untuk membuktikan yang si lelaki mampu menyara anaknye yg high-maintainence



( xtahu la~I just made it up :P)


Hantaran tidak termasuk dlm Islam, ianya hanyalah adat kita org Melayu selama ini dan didalam islam, Mas kahwin(mahar) itu wajib.
tp apakah yg disarankan oleh agama sebenarnya??perlukah hantaran mahal2?? Menurut Islam Allah SWT telah berfirman dalam surah An – Nisa ayat 4:

“Dan berikanlah kepada perempuan – perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian(yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnya maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat”


Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Nisa ayat 24:

“Mana-mana perempuan yang kamu nikmati percampuran dengannya ( setelah dia menjadi isteri kamu ) maka berikanlah mereka maharnya ( ajr ) sebagai satu ketetapan yang difardhu ( diwajibkan oleh Allah Taala )”

Walau bagaimanapun mahar tidaklah termasuk di antara rukun-rukun nikah atau syarat sahnya sesuatu pernikahan. Sekiranya pasangan bersetuju bernikah tanpa menentukan jumlah mahar, pernikahan tersebut tetap sah tetapi suami diwajibkan membayar mahar misil ( yang sepadan ). Ini berdasarkan satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w. di mana seorang perempuan telah berkahwin tanpa disebutkan maharnya. Tidak lama kemudian suaminya meninggal dunia sebelum sempat bersama dengannya ( melakukan persetubuhan ) lalu Rasulullah mengeluarkan hukum supaya perempuan tersebut diberikan mahar misil untuknya.

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguh pun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah s.a.w. menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya :

“Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah ( rendah ) tentang perbelanjaan ( mahar ).”

( Riwayat Ahmad dan al-Hakim )

 

Dalam Islam, kesederhanaan itu lebih afdhal drpd berbelanja berlebih - lebihan dr segi hantaran mahupun mahar. Maka lagi rendah lagi bagus, x perlulah menyusahkan pihak pengantin lelaki meminjam duit dr bank dan sebagainya kan2??br lah berkat, xperlu lah berhutang sana - sini kan2??apa2 hal negotiate la dulu dgn pihak lagi satu agar mendapat persetujuan antara kedua - dua pihak.

barulah keluarga bahagia,insyaAllah :)

2 comments:

  1. masyaallah bile ah hus nak kawen ni???
    mahar hanya quran je ke??? ahsanta ya akhi
    jgn lupe roger kat ana yer hihihi :P

    ReplyDelete
  2. betul3..sebaik baik wanita adalah yang murah maharnya..:)

    ReplyDelete