Friday, 3 February 2012

Hantaran senaskah Al Quran??hang biaq betui~(part 2)


Sesuatu yang berguna dan berfaedah seperti wang, barang atau sesuatu yg bermanfaat sangat di anjurkan oleh Islam untuk digunakan sbg mas kahwin. Nyata, Al-Quran adalah pilihan yang sangat terbaik sebagai mas kahwin kerana kandungan dan isi Al-Quran mempunyai gudang ilmu yang sangat luas dan penuh manfaat.

Rasulullah juga pernah mengkahwinkan seorang lelaki yang tidak ada memiliki sesuatu apa pun untuk dijadikan maskahwin, lalu Rasulullah bertanya kepada lelaki itu.

"Adakah pada engkau sedikit dari ayat-ayat Quran," lelaki itu menyahut bahawa dia ada mengingati beberapa surat (ayat-ayat Al-Quran), kemudian Rasulullah pun mengkahwinkan lelaki itu dengan bermaskahwinkan surat yang diajarkan kepada perempuan yang bakal menjadi isteri lelaki itu.

Lihat, mudah dan halus benar maksud Rasulullah. Banyak kebaikkan yg kita dapat daripada ajaran Rasulullah saw ini. Si isteri bukan sahaja dapat mempelajari ilmu Allah, malah dapat mempratikkan dan membacanya selalu dan apabila ilmu yg diberi diamalkan oleh org lain, ternyata bertambahlah pahala si suami yang memberikan ilmu tersebut.