Wednesday 7 December 2011

Lelaki yang suka mengikut Sunnah Nabi SAW lagi KAChAK daripada lelaki yang suka membaca

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT kerana sekali lagi dapat membuat entry baru setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang penulisan ini. Ramai yang menanti – nanti kan entry terbaru saya cuma saya sahaja yang tidak berkesempatan atas urusan – urusan akademik. Asif ya ~

Utusan Terakhir…

Nabi Muhammad SAW atau nama penuhnya Muhammad bin Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim merupakan Rasul utusan terakhir di bumi ini. Baginda adalah manusia yang diberikan mukjizat  (kelebihan) oleh Allah SWT keatas dirinya agar dapat dilihat oleh manusia akan kebesaran tuhan ke atas baginda agar dapat menyakinkan manusia bahawa hanya satu sahaja Pencipta dia alam ini iaitu Allah SWT. Tugas Rasul ialah menerima dan menyampaikan wahyu ke atas dirinya dan keatas orang – orang lain. Tapi bagaimanakah baginda dapat menyakinkan kaum kerabatnya dan orang – orang lain untuk memasuki agama Islam??apakah cara dan amalan baginda bagi menangani musuh – musuh nya?? sehinggakan ada di kalangan musuh baginda terbuka hati untuk masuk Islam hanya kerana perwatakan yang ditojolkan oleh Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Subhanallah~Hebatnya Rasulullah SAW, kita pun susah hendak menyakinkan sesorang itu just untuk membeli barang jualan kita apatah lagi dalam mengajak amar maa’ruf nahi munkar. Nauzubillah (-_-)


Keadaan Syabab hari ini

Dunia Islam hari ini penuh dengan panca roba, pemuda – pemuda Islam khususnya alpa dengan hiburan yang diketengahkan oleh barat yang kononnya dapat melepaskan tekanan, mengisi jiwa yang bosan dan kosong, hiburan yang menghalalkan cara, pergaulan bebas sehinggakan mereka lupa atau sengaja melupakan halal haram dalam Islam. Islam itu tidak lah ketat cuma ada cara – cara nya untuk berhibur. Sebab – sebab nya mungkin ibu bapa sedari kecil lagi sudah melatih anak – anak berhibur tanpa mengajar mereka untuk mendalami ilmu – ilmu agama. Ada yang tahu perbuatan itu salah disisi agama tetapi tetap melakukannya contoh apabila rakan lelaki yg bukan muhrim mengajak keluar seorang anak dara atas dasar “member” punya pasal, atas dasar member lelaki ini ada masalah, atas dasar kasihan kan “member” lelaki itu, atas dasar keluar makan tetapi tidak mengajak teman sejantina sekali untuk menemani temu janji itu. Tidak terfikir kah halal dan haram nya disitu??dimanakah pergi nya akal yang diberikan Allah SWT untuk berfikir??astaghfirullah~banyak lagi contoh – contoh buruk keadaan pemuda – pemudi pada masa kini yang kita lihat.

Menjadi Jejaka Acuan Rasulullah SAW

Orang kata jejaka HOT zaman ini ialah jejaka - jejaka yang berpakaian, berperangai, berambut Korea atau mengikut cita rasa sendiri. Betulkah??kalau anda berkata seperti itu, tepuk dada tanya Iman ok x??semua itu hanya berlandas kan nafsu semata – mata. Bagi saya, lelaki yang hebat lg KACHAK berGAYA ialah lelaki yang hidupnya mengamalkan Sunnah Nabi. Tidak kira lah Sunnah yang dilakukan itu sedikit atau banyak tetapi perbuatannya berterusan seperti bersolat jemaah di Surau atau Masjid apabila sudah tiba waktu solat. Segelintir sahaja golongan ini yang saya dapat lihat terutamanya di Universiti saya sendiri. Mereka adalah golongan yang sedikit dikalangan ramai – ramai Mahasiswa iaitu golongan yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran (amar maaruf nahi munkar). Pernah diceritakan pada zaman Saidina Umar al –Khattab, seorang pemuda yang sering berdoa di sisi Baitullah:

“Ya Allah! Masukkan lah aku dalam GOLONGAN YANG SEDIKIT”

Doa beliau didengar oleh Sayyidina Umar ketika Sayyidina Umar sedang melakukan tawaf di Kaabah. Sayyidina Umar berasa hairan dengan permintaan pemuda tersebut. Selepas selesai melakukan tawaf, Sayyidina Umar memanggil pemuda berkenaan lalu bertanya:

"Kenapakah engkau berdoa sedemikian rupa (Ya Allah! masukkanlah aku dalam golongan yang sedikit), apakah tiada permintaan lain yang boleh engkau mohon kepada Allah?"

Pemuda berkenaan menjawab: "Ya Amirul Mukminin! Aku membaca doa berkenaan kerana aku  takut dengan penjelasan Allah seperti firman-Nya dalam surah al-A'raaf ayat 10 yang bermaksud:

"Sesungguhnya Kami (Allah) telah menempatkan kamu sekelian di muka bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber/jalan) penghidupan. (Tetapi) amat sedikitlah kamu bersyukur".

Aku memohon agar Allah memasukkan aku dalam golongan yang sedikit, iaitu terlalu sedikit orang yang tahu bersyukur kepada Allah".

Jelas pemuda berkenaan. Mendengar jawapan itu, Umar al-Khattab menepuk kepalanya sambil berkata kepada dirinya sendiri:
"Wahai Umar, alangkah jahilnya engkau, orang ramai lebih alim daripadamu".

Semoga kita semua termasuk ke dalam golongan yang sedikit ini, Amin.

Jadi, sama-samalah kita membina tekad untuk membanteras keluhan dan meningkatkan kesyukuran kerana Dia telah berjanji ,

"Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Ibrahim: 7)
Ingat nikmat yang dikurniakan, Ingat Pemberi Nikmat yang Maha Pemurah mengurniakan segala nikmat kepada kita. Maka Beruntunglah golongan yang sedikit itu. Ayuh kita menjadi golongan yang sedikit iaitu golongan yang bersyukur. :)

Pernah dengar x ungkapan ini??

“Ingin melihat baiknya wanita – wanita di sesuatu kawasan itu, lihat kepada lelaki – lelaki yang berada di sekeliling”.


Sesungguhnya setiap lelaki itu adalah pemimpin pada dirinya sendiri, wanita, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Cuba kita luaskan pandangan kita kepada situasi hari ini. Contoh terdekat ialah di Universiti, mahasiswi yang ramai berbanding mahasiswa bukan??yang dapat pointer tinggi – tinggi pun mahasiswi juga kan??yang pergi majlis ilmu agama berapa kerat jer mahasiswa, mahasiswi yang memenuhi ruang bukan??kemana nya mahasiswa – mahasiswa lelaki hari ini??bila diajak pergi berhibur seperti pergi konsert baru lah nampak mahasiswa – mahasiswa bergelimpangan berpusu – pusu memakai pakaian cantik – cantik tetapi apabila di ajak untuk bersolat jemaah yang ganjaran nya 27 kali ganda berbanding solat berseorangan, byk lah alasan yang diberikan dan apabila bersolat di hadapan yang Maha Pencipta, pakaian singlet dan kain pelekat sahaja dikenakan. Apakah layanan Allah SWT begitu teruk sampai kita berpakaian sebegitu di hadapan - Nya?? fikir – fikir kan.

Tetapi berdasarkan pemerhatian saya, Mahasiswa – mahasiswa sibuk dengan urusan duniawi. Urusan duniawi yang dikatakan ialah mereka sibuk online, tidur, sibuk menelaah buku, menyiapkan assignment dan miniproject, keluar makan dengan rakan – rakan dan bermain video game sebab tension belajar. Akibatnya, surau menjadi kosong tanpa jemaah lelaki, solat di lambat – lambatkan atau pun terus alpa meninggalkan solat, ada yang tidak solat langsung dan hanya solat bila takut ditegur oleh sahabat.

Perlu diingatkan bahawa Allah SWT berkuasa terhadap segala – galanya, yang menyiapkan assignment dan miniproject pada tepat masanya ialah Allah SWT. Kalau kerja kita dah siap pun belum tentu lagi di terima oleh lecturer kita bukan??kalau tidak diterima terpaksalah buat balik walaupun kerja itu kita hantar on time. Kebergantungan kita terhadap Allah SWT itu sangat penting, di setiap permulaan, pertengahan dan pengakhiran kita membuat sesuatu kerja itu hendaklah kita menharapkan redha ALLAH SWT baru lah kerja kita betul, cantik dan perfect mengikut piawaian yang lecturer mahukan. Sama lah juga dengan hal – hal lain seperti menelaah buku, peperiksaan, mencari jodoh dan sebagainya berserah lah kepada Allah SWT disamping berusaha. InsyaAllah, tanpa diduga jalan yang lebih baik akan terbuka luas di depan mata :)

Rasulullah SAW ialah contoh teladan yang terbaik selain mamat – mamat yang korang kagumi di luar sana.

Rasulullah SAW, Utusan Langit terakhir merupakan seorang tokoh yang dikagumi seluruh dunia kerana dakwah baginda yang berjaya menyebarkan agama Islam hampir ke seluruh dunia. Perwatakannya, kesabarannya, kepintarannya, kegagahannya, kecintaan terhadap - Nya patut di contohi oleh anak – anak muda hari ini. Tetapi kita x mampu untuk mengikuti semua sunnah baginda. Kita mulakan lah dengan sunnah baginda yang simple – simple dahulu iaitu bersugi sebelum menunaikan solat, solat berjemaah di awal waktu dan dimana azan dilaungkan, memakai celak sebelum tidur, menjaga air sembahyang daripada terbatal, melakukan solat – solat sunat dan banyak lagi. Kenapa perlu bermula dengan sunnah yang simple??kerana~~sekecil – kecil perkara itu membawa kepada sebesar – besar perkara contohnya ketika solat, jika seseorang itu salah menyebut atau lari makhraj dan tajwid huruf yang ada dalam surah Al –Fatihah, maka solat nya tidak sah. Sebutan dalam solat sangat penting kerana ia akan membawa maksud lain yg menyebabkan terbatalnya solat itu. Banyak hikmahnya dan cara – cara dan hukum – hukum bersuci ada di link di bawah.

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/bersugi.htm

Aku bukan Siapa – Siapa

Aku hanyalah insan biasa, hamba Allah yang sering melakukan dosa, aku bukan nya maksum seperti Nabi Muhammad SAW, baginda walaupun maksum tetapi beginda tetap melakukan solat Taubat hari – hari , kualiti solat baginda sangat - sangat jauh lebih hebat daripada ku.  Siapalah sangat aku kalau nak di bandingkan dengan ustaz – ustaz, ustazah – ustazah dan para ilmuan di luar sana. Saya dengan merendah diri memohon maaf atas segala kesilapan atau sesiapa yang terasa dalam penulisan saya untuk entry kali ini. Aku hanya menyampai dan berkongsi apa yang aku tahu, aku menulis bukan kerana nama tapi atas dasar tanggungjawab terhadap agama lebih – lebih lagi kepada pemuda – pemuda zaman kini. Nabi SAW bernah bersabda:

“Sampaikanlah daripada ku walaupun hanya sepotong ayat”

Akhir kata, saya sebagai seorang Muslim, Sahabat, Kenalan, orang asing dan insan bernama Husaini mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca – pembaca blog saya, terima kasih kerana sudi berkunjung ke blog yang tidak seberapa ini. Moga yang disampaikan dapat kita amal – amalkan bersama.


-Hamba Allah yang Lemah-
-si H-

1 comment:

  1. http://lifeofusea.blogspot.com/2014/11/tarikan-rasa-membuat-aku-dan-dia.html

    ReplyDelete