Wednesday 8 June 2011

Berprasangka baiklah terhadap tuhanmu...

Apakah maksudnya??
Ibnu Abud Dunya berkata,
Aku mendengar seorang lelaki yang banyak berpuasa dan kuat beribadah. Kemudian mendapat ujian yang sangat berat dan dia tersesat (tidak sabar) dalam menghadapi ujian itu. Dalam ketidak sabarannya itu dia berkata, "Dia (Allah) telah menimpakan kepadaku bemacam-macam bala dan bencana. Walaupun dia memberiku syurga Firdaus, syurga itu tidak akan seimbang dengan apa yang telah menimpaku. " Kemudian dia berkata, "Apakah kiranya maksud dari ujian ini terhadapku? Jika Dia memaksudkan agar aku mati saja, itu akan aku terima. Adapun jika Dia bermaksud hanya untuk penyeksaan, apakah maksudNya? "
Marilah kita merenung sedalam-dalamnya apkah wajar untuk kita mempersoalkan apa yang Allah telah tetapkan atas diri kita, walaupun hal itu menyakitkan kita? Ya Allah, betapa daifnya kami kerana bersangka buruk terhadapMu, padahal Engkaulah Al- Rahman dan Al-Rahim.

Makhluk yang suka mengeluh
Pernahkah kita menilai diri sendiri, berapa kali kita mengeluh dalam sehari kerana situasi yang kurang menyenangkan? Mengapa ini terjadi dan apa puncanya?? Kita sentiasa mengeluh kerana perkara2 kecil dan besar. Misalnya, kenapa hrni cuaca panas sangat??kenapa sudah beberapa hari hujan tidak turun??kenapa pointr aku drop??kenapa banyak assignment?? dan sebagainya. Semasa makan dan minum tersedia, berakhirnya hujung minggu dan kita harus bersedia untuk ke kelas lecture pada hari isnin, pun kita mengeluh. Jika kita dibebani tugasan2 dan tanggungjawab,juga kita mengeluh. Saat umur semakin meningkat,kita juga mengeluh kerana seluruh badan menjadi lemah dan takut kepada kematian. Padahal ketika hidup kita cukup segalanya, kita masih lagi mengeluh. Kita tak pernah kehilangan alasan untuk mengeluh. Jika begitu, apa lg yang  mampu membuatkan hati terasa tenang dan puas, sementara yang cukup tidak pernah terasa cukup?
Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
"Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kedekut. Apabila dia ditimpa kesusahan dia berkeluh kesah dan apabila mendapat kebaikan dia amat kedekut." [al-Ma;arij:19-21]
Sekiranya dgn sindiranNya kita tidak merasa malu, maka pada sindiran siapa lagi yang patut kita malu??bagaimanakah kita akan menyedari kekurangan dan segera mempebaiki diri??demikianlah keadaan diri kita yang sentiasa mengeluh akan sesuatu, padahal keluhan itu tidak akan menjadi lebih baik. Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dai perbuatan seperti ini! mengapa Allah tidak menetapkan yg baik2 atas diri kita?demikian bantahan  dan keluhan yg terkeluar dr bibir kita atau paling tidak pun terlintas di hati kita. Mengapa Allah menimpakan sesuatu yg tdk menyanangkan seperti ini?Seolah kita akan membawa kesnya ke pengadilan dan mahu menuntut keadilan dihadapan seorang hakim, padahal Allah SWT adalah hakim yg paling adil.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:
"Bukankah Allah adalah hakim yang sebaik-baiknya(paling adil)? " [at-Tin:8]
Apakah kita masih mahu mengeluh dan membantahiNya krn keadaan tidak menyanangkan yang kita hadapi?Apakah kita akan menyalahkanNya krn kesusahan dan penderitaan kita?Atau kita akan mengadu tentang Allah pada manusia yg kita anggap lebih adil dan bijaksana??
To be continued...


 

No comments:

Post a Comment