Thursday, 9 June 2011

Berprasangka baiklah terhadap tuhanmu...(part 2)

Indahnya Ciptaan
Sebenarnya disebalik berbagai perkara yang tdk menyenangkan yg kita rasa setiap hr, ada hikmah yg tidak mampu dilihat dgn mata dan pengetahuan kita yg serba terhad. Hanya mereka yg mempunyai mata batin atau mata hati yg tajam blh mengenal pasti hikmah itu dan itulah sbbnya mereka jarang mengeluh walupun berhadapan dgn keadaan yg sukar dan berat. Mungkin anda pernah mendengar kisah ini. Suatu hr seorg anak bermain di atas lantai,sementara ibunya duduk diatas kerusi sambil menyulam. Anak yg sdg bermain kemudian menoleh kearah ibunya. sambil memerhati apa yg dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dr bwh dan berasa hairan. Dia bertanya kpd ibunya,
        "Apa yg sedang ibu lakukan? "
       "Ibu sedang menyulam nak, " jwb ibunya sambil terus menusukkan jarum ke permukaan kain.
        \"tapi buat apa? " anak itu hairan. "sulaman itu kelihatan buruk sekali. hanya benang2 yg tdk
        tersusun dan menarik utk dilihat. "
Ibunya tersenyum lalu memberi isyarat pd anaknya utk berdiri.
       "berdirilah nak " ujarnya. "cuba tengok sulaman ini dr atas. "
Anak itu berdiri dan melihat sulaman itu dr atas. Dia berasa terkejut dan kagum dgn bentuk yg cantik pada sulaman itu.
       " begitu cantik sulaman dr pandangan atas sedangkan sulaman itu nampak buruk dr bawah. " 
        kata anak tu. Ibunya hanya tersenyum mendengarkan kata2 anaknya itu.
itulah contoh kehidupan kita ini. kita hanya melihat sebahagian dr perbuatanNya dr bwh, maka kita dapati ianya buruk dan tidak menyenangkan malah kita mengeluh dan menyalahkanNya. kalau kita blh bersabar dan berusaha melihatnya dr sudut yg tepat, tentu kita akan memiliki sikap yg berbeza. Pandangan mata hanya mampu melihat bahagian bwh dr rekaan yg ada dlm kehidupan ini, sementara dgn maa hati yg bersih dan dgn pengetahuan yg luas, kita akan mampu melihat kebaikan disebalik musibah itu. lalu kita tdk akan mengeluh lg bahkan kita akan berasa kagum. jika kita tdk dpt menggunakan mata hati yg bersih dan tdk mempunyai ilmu yg cukup, maka kita akan melihat suatu perkara itu tanpa memikir dgn lebih panjang dan mendalam. 

2 comments:

  1. wah abang husaini!!!!!!!
    pasni leh la kongsi ilmu dengan ceramah kat surau yer hehehe
    :D

    ReplyDelete