Assalamualaikum wbt…
Alhamdulillah bersyukur kpd Allah SWT kerana sekali
lagi dapat membuat entry baru setelah sekian lama menyepikan diri dari bidang
penulisan ini. Ramai yang menanti – nanti kan entry terbaru saya cuma saya
sahaja yang tidak berkesempatan atas urusan – urusan akademik. Asif ya ~
Utusan
Terakhir…
Nabi Muhammad SAW atau nama penuhnya Muhammad bin
Abdullah bin Abdul Mutalib bin Hashim merupakan Rasul utusan terakhir di bumi
ini. Baginda adalah manusia yang diberikan mukjizat (kelebihan) oleh Allah SWT keatas dirinya
agar dapat dilihat oleh manusia akan kebesaran tuhan ke atas baginda agar dapat
menyakinkan manusia bahawa hanya satu sahaja Pencipta dia alam ini iaitu Allah
SWT. Tugas Rasul ialah menerima dan menyampaikan wahyu ke atas dirinya dan
keatas orang – orang lain. Tapi bagaimanakah baginda dapat menyakinkan kaum
kerabatnya dan orang – orang lain untuk memasuki agama Islam??apakah cara dan
amalan baginda bagi menangani musuh – musuh nya?? sehinggakan ada di kalangan
musuh baginda terbuka hati untuk masuk Islam hanya kerana perwatakan yang
ditojolkan oleh Nabi Muhammad SAW itu sendiri. Subhanallah~Hebatnya Rasulullah
SAW, kita pun susah hendak menyakinkan sesorang itu just untuk membeli barang
jualan kita apatah lagi dalam mengajak amar maa’ruf nahi munkar. Nauzubillah
(-_-)

