Thursday, 25 August 2011

Kekasihku...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah kerana diberi kesempatan untuk mengupdate blog ini...maaf kerana sudah lama tidak update diatas kesibukan sebagai student bagi menyiapkan kerja - kerja yang diberi..biasalah~student engineer lah katakan...memanglah sibuk dengan assignment, lab report, tutorial, miniproject dan sebagai nya. Walaubagaimana pun, kita kena fikir dengan mendalam dan tidak mempersoalkan tentang ujian - ujian yang kita alami kerana Allah ingin kita menjadi kita seorang hamba yang terbaik kerana setiap ujian itu akan membuatkan kita matang dan tabah untuk menghadapi ujian pada masa hadapan.

Disini saya ingin menceritakan korang tentang kekasihku (maaf,bhs agak kasar cket) :

Nak share tentang KEKASIH aku, (aku type huruf besar tu sebab aku terlampau sayang sangat kat DIA). Penyayang sifat Nya.Betul, tak tipu punya! Pure cintalah nak kategorikan tu. Apa x nya, masa aq susah, minta tolong sajalah pada DIA, sure akan datang bantuan,

Thursday, 28 July 2011

Ramadhan Terakhir....



Assalamualaikum wbt...

Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Nabi SAW bersabda: 

" Sesiapa yg berpuasa Ramadhan krn didorong oleh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka di ampunkan dosa - dosanya yg terdahulu "
Hadis sebagai pembuka bicara utk entry kali ini, nampaknya Ramadhan semakin dekat menghampiri kita dan adakah kita bersedia utk menghadapinya??Sedar x sedar Syaaban akan meninggal kita dan Ramadhan pula yg hadir...adakah persiapan kita sepanjang bln Rejab dan Syaaban cukup utk kita menghadapi bln yg penuh berkat ini??sama2 lah kita fikir dan tingkat kan apa yg kurang dan teguhkan apa yg sedia ada.

Medan Perjuangan

Ramadhan itu ibarat satu medan perjuangan bg kita utk mentarbiahkan diri kita, suatu hijrah drpd suatu yg tdk baik kpd baik dan dr baik kpd yg lebih bek, kursus intensif dan latih tubi bg memperbetulkan diri sendiri. Betulkan lah niat kita dlm menghadapi bulan yg mulia ini. jangan biarkan ianya pergi berlalu shj,MAKE FULL USE OF IT...amatlah rugi bg sesorg itu krn melepaskan peluang yg amat besar utk kembali semula kpd Allah SWT...sedangkan Allah SWT telah memberikan byk peluang yg luas utk hambanya kembali bertaubat,tidak kah anda terpikir??masa terluang yg byk,kita buat apa??renung2 kan~


Saturday, 16 July 2011

Fadhilat bulan Sya'ban

Kelebihan bulan Sya`ban. 

(Dari Kitab Kelebihan Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Ustaz Budiman Radhi) 

1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)

2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)

3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

4. Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

5. Sabda Nabi s.a.w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Sya`ban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).(Al-Hadis).

Tuesday, 12 July 2011

Iman terhadap Qada' dan Qadar

Assalamualaikum wbt...

Terasa agak lama sy x update blog ini. Sejak kebelakangan ini byk tragedi yg menghayatkan hati menimpa rakyat negara kita..itu sy tdk mahu komen apa2,biar lah disimpan didlm benak fikiran...apa yg berlaku kepada negara kita adalah takdir yg telah ditetapkan oleh Allah SWT yg tidak boleh dielakkan...marilah sama2 kita renungkan nasihat drpd Saidina Ali r.a ini.

Nasihat Saidina Ali r.a
Saidina Ali atau nama penuhnya Ali bin Abi Thalib r.a merupakan seorang sahabat dan juga sepupu kpd Rasulullah SAW. Beliau merupakan suami kpd puteri kesayangan Rasulullah SAW, Fatimah Az Zahrah(wanita yg patut dicontohi oleh muslimah masa kini). Saidina Ali ialah seorang yg dianugerahi otak yg bijak dan mempunyai pemahaman yg mendalam dlm ilmu agama. Nasihat beliau adalah seperti berikut:
" Wahai anak Adam, jgnlah (keterlaluan) bergembira dgn kekayaan, jgnlah keterlaluan berputus asa dgn kefakiran, jgnlah berduka dgn bencana, jgn (keterlaluan) bersenang dgn kelapangan krn emas itu diuji dgn api. Seorang hamba yg soleh diuji dgn bala. Sesungguhnya engkau tdk akan mendapatkan apa yg kau inginkan kecuali dgn meninggalkan semua yg engkau inginkan. engkau tdk akan mencapai cita - citamu kecuali dgn bersabar menanggung apa yg tdk engkau sukai. Kerahkan segenap kemampuanmu utk memelihara yg difardhukan. "

Thursday, 30 June 2011

Segenggam Tabah

Assalamualaikum wbt....

Berakhir sudah karnival sukan siswa unikl yg berlangsung di miat br2 ini. Byk pengalaman berguna sepanjang kejohanan tersebut. team badminton micet tidak mendapat apa2 tempat krn kami hanya memenangi 3 kemenangan dan 2 kekalahan...kemenangan ke atas mestech,bmi n cc dan juga kekalahan kpd tuan rumah miat dan mitec...pasukan badminton micet yg diwakili oleh sy sendiri,aliff,joe,mun, aqi,weeki and faiz.
apa yg sy pelajari sepanjang kejohanan sukan ini ialah bersyukur,bersabar dan sentiasa tabah dlm menghadapi segala dugaan dan cabaran. antara pengalaman yg sy hadapi ialah keletihan krn kekurangan stamina akibat kurang joging. jd semasa dlm perlawanan sengit antara mitec,miat dan juga mestech,sy berasa sgt letih tetapi sy juga berjaya membuat opponent sy letih gak heheh.owh~riak disitu...lol~baju dah lenjun,peluh menitik-nitik,rambut dah basah tp dlm hati ku berkata-kata "ya Allah,bantulah hambamu ini yg lemah..walaupun daku kekurangan latihan tp at least bg lah sedikit kekuatan utk menghadapi opponent sy ini agar sy bole beri fight".

Thursday, 9 June 2011

Berprasangka baiklah terhadap tuhanmu...(part 2)

Indahnya Ciptaan
Sebenarnya disebalik berbagai perkara yang tdk menyenangkan yg kita rasa setiap hr, ada hikmah yg tidak mampu dilihat dgn mata dan pengetahuan kita yg serba terhad. Hanya mereka yg mempunyai mata batin atau mata hati yg tajam blh mengenal pasti hikmah itu dan itulah sbbnya mereka jarang mengeluh walupun berhadapan dgn keadaan yg sukar dan berat. Mungkin anda pernah mendengar kisah ini. Suatu hr seorg anak bermain di atas lantai,sementara ibunya duduk diatas kerusi sambil menyulam. Anak yg sdg bermain kemudian menoleh kearah ibunya. sambil memerhati apa yg dibuat oleh ibunya. Dia melihat sulaman ibunya dr bwh dan berasa hairan. Dia bertanya kpd ibunya,
        "Apa yg sedang ibu lakukan? "
       "Ibu sedang menyulam nak, " jwb ibunya sambil terus menusukkan jarum ke permukaan kain.
        \"tapi buat apa? " anak itu hairan. "sulaman itu kelihatan buruk sekali. hanya benang2 yg tdk
        tersusun dan menarik utk dilihat. "
Ibunya tersenyum lalu memberi isyarat pd anaknya utk berdiri.
       "berdirilah nak " ujarnya. "cuba tengok sulaman ini dr atas. "

Wednesday, 8 June 2011

Berprasangka baiklah terhadap tuhanmu...

Apakah maksudnya??
Ibnu Abud Dunya berkata,
Aku mendengar seorang lelaki yang banyak berpuasa dan kuat beribadah. Kemudian mendapat ujian yang sangat berat dan dia tersesat (tidak sabar) dalam menghadapi ujian itu. Dalam ketidak sabarannya itu dia berkata, "Dia (Allah) telah menimpakan kepadaku bemacam-macam bala dan bencana. Walaupun dia memberiku syurga Firdaus, syurga itu tidak akan seimbang dengan apa yang telah menimpaku. " Kemudian dia berkata, "Apakah kiranya maksud dari ujian ini terhadapku? Jika Dia memaksudkan agar aku mati saja, itu akan aku terima. Adapun jika Dia bermaksud hanya untuk penyeksaan, apakah maksudNya? "
Marilah kita merenung sedalam-dalamnya apkah wajar untuk kita mempersoalkan apa yang Allah telah tetapkan atas diri kita, walaupun hal itu menyakitkan kita? Ya Allah, betapa daifnya kami kerana bersangka buruk terhadapMu, padahal Engkaulah Al- Rahman dan Al-Rahim.